Wednesday, July 29, 2009

Table Tennis Tournament Haslina Shamsuddin Cup

28hb July 2009 - Program IEEP diteruskan dengan pertandingan ping pong (internal) bagi merebut tahta piala Haslina Shamsuddin. Kenapa Haslina Shamsuddin? Beliau merupakan pemegang share terbesar didalam tournament ini dan memastikan perjalanan tournament ini lancar serta meriah. Terima kasih diucapkan di atas sokongan serta sumbangan yang telah beliau berikan.

Latar belakang sukan beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan ping pong di peringkat sekolah serta pernah mewakili Malaysia semasa menuntut di US. (kalau nak dapatkan kepastian..sila tanya madam haslina : D )


Pprogram sebegini sangat mendapat sambutan dan ianya telah memeriahkan suasana IEEP disamping memberi persaingan yang sihat daripada segi fizikal dan mental pemain.

Johan akan membawa pulang piala serta sebuah kereta Produa Kancil Merah no.flat WPV 2639 manakala naib juara membawa pulang sebuah kereta Getz berwarna purple no.Flat WPW 1577 selain membawa pulang penat (selepas keje ofis main ping pong plak). Namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan saingan yang hebat bagi lawan masing-masing.




Jadual Pemain adalah seperti berikut:

Group 1 VS Group 2 - 28hb Julai 09
Group 3 VS Group 4 - 29hb Julai 09
Group 1 VS Group 3 - 30hb Julai 09
Group 2 VS Group 4 - 31hb Julai 09
Group 1 VS Group 4 - 3hb August 09
Group 2 VS Group 3 - 4hb August 09

Group 1 - Arman, Eja, Robita dan Mizan











Group 2 - Cik L, Gee, Saliah and ka Jem (tak dpt hadir kerana faktor2 yg tak dapt dielakkan)












Group 3 - Shafie, Yusri, Amran dan Aishah



















Group 4 - Badrul, zalie, zeny dan farahani
















Untuk melihat keceriaan sekitar perlawanan, sila klik album IEEP tabtennis http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/IEEP2009Volume5PingpongTournament#

Untuk melihat persiapan setiap group sebelum perlawanan berlangsung, sila klik training IEEP album : http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/TrainingTableTennis#

Islamic Enhancement & Evaluation Programme 2009

Islamic Enhancement and Evaluation Programme (IEEP), Admissions and Records Division 2009 sekali lagi di jalankan sebagai aktiviti tahunan yang telah di senarai oleh universiti sebagai platform untuk merealisasikan Misi dan Visi Universiti.

Cherating telah di pilih sebagai destinasi IEEP untuk tahun 2009 ini setelah rancangan ke Felda Residence, Pahang terpaksa di batalkan atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Pelbagai aktiviti sampingan telah di atur sepanjang tempoh penantian untuk ke Cherating - Kemanan.

Jadual aktiviti IEEP 2009 A&R adalah seperti berikut:















Persediaan yang rapi telah dibuat oleh ahli jawatankuasa yang telah di pilih berdasarkan sebulat suara dan mereka adalah seperti berikut:














21hb Julai 2009 - IEEP 2009 A&R telah melakar satu sejarah kerana buat julung kalinya telah menjemput YB Prof. Dato' Dr. Tahir Azhar, Timbalan Rektor (Akademik dan Perancangan) IIUM bagi melaksanakan perasmian program. Jutaan terima kasih dan penghargaan di ucapkan kepada YB Dato' di atas kesudian meluangkan masa bersama ahli keluarga A&R di dalam memastikan misi dan visi universiti berada di lapangan yang betul.

Album 1: http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/IEEP2009Volume1#

Program di teruskan dengan sessi bersama Dekan, Dr. Marzuki di dalam membincangkan target serta KPI A&R. Pelbagai perkara di perbincangkan berkaitan akademic dan pengurusan division.

Semua unit terlibat antaranya Unit Kemasukan Local dan Antarabangsa, Unit Senate, Unit IT, Unit records dan General Admin.

Division akan membuat KPI untuk volume 2 di mana perbincangan yang lebih teliti di pandu oleh CSQA, jabatan yang menentukan arah perjalanan sesuatu jabatan di universiti.

Aktiviti seterusnya program bersama Bank Islam di dalam memperkenalkan cara perbankan Islam yang di tawarkan mereka seperti proses membuat wasiat, pinjaman peribadi dan perumahan serta banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh di utarakan kepada en. Mohd Farid Hamdan Mustafa daripada Bank Islam Cawangan UIAM. Sila klik http://www.bankislam.com.my/

Album 2: http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/IEEP2009Volume2#

27hb Julai 2009 - Program IEEP diteruskan dengan aktiviti yang berunsurkan kesihatan di mana wakil daripada Majlis Sukan Negara, Assoc. Prof. Dr. Annuar Suun serta turut di bantu pelajar UiTM, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

10 saringan jenis kesakitan yang di alami oleh staff semasa bekerja, kebanyakkan daripada mereka mengalami sakit belakang serta pening yang serius.

Beberapa langkah telah di ajar seperti senaman ringan serta pemakan yang seimbang selain mengelakkan diri daripada menghisap rokok.


Agak2 kenapa mereka ni meniarap? adakah mereka ni mat2 rempit? atau suami2 yang sering pulang rumah lewat? atau jugak pesalah PATI yang di tahan oleh pihak imegresin? Sebenarnya mereka sedang bertanding mempertahankan tahap ketahanan diri semasa membuat push up. Untuk melihat aksi-aksi yang lebih hebat, sila klik album 3: http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/IEEP2009Volume3#



Program diteruskan dengan aktiviti Aerobik yang di terajui oleh Sr. Suhadah Annuar, Anak kepada Assoc Prof. Dr. Annuar Nuun.

Sebanyak 8 step langkah aerobik di pelajari dan semua memberikan kesungguhan untuk membuat yang terbaik.


Beberapa langkah aerobik biarpun sukar masih tetap di lakukan oleh staff A&R dan kami BOLEH!!! Mcm madam Hafsah..relax jer..semua langkah dapat dibuat. Madam World!!!! semua kene lawan madam..

abg man kenape plak pegang pinggang tu..stady abg man..be cool..


Tengok ajer gelagat kak gee, bersungguh-sungguh betul dia belajar nak pocho-pocho..macam nak berkawat pon ade gakk.kiri..kanan..kiri..kanan....

tapi mastu yang paling menonjol dan kalau ade anugerah etlit untuk sukan A&R, mungkin boleh di anugerahkan kepada Kak bita..kenape??tanya dia sendiri..rahsia..

kalau nak tau rahsia tu, sila klik album 4 ni: http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/IEEP2009Volume4#

Friday, July 17, 2009

Farewell and Birthday Celebration

Date : 17th July 2009
Time: 12 noon
Venue: A&R Meeting Room, Level 1

Sekitar gathering : http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/FairwellNBesdayCeremony#

Enrollment Day (2nd Intake) for Semester 1, 2009/2010

Date: 14th July 2009
Time: 9:00am
Venue: A&R Multipurpose Room, Level 1

Buat julungkalinya pendaftaran bagi pelajar baru ke UIAM di buat di A&R dan proses pendaftaran berjalan dengan lancarnye.

Sekitar pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2009/2010:
http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/Enrolment2ndIntake#

Usrah and Tahlil

Majlis Usrah dan Tahlil Arwah

Pada pagi Jumaat 10 Julai 2009, A&R telah mengadakan usrah mingguannya di atas bimbingan Ustaz Majid, Pensyarah daripada CFS Nilai, Negeri Sembilan. Majlis usrah ini di selangi dengan bacaan tahlil serta doa arwah di atas penganjuran Sr. Norliza dan Sr.Robita.

Doa serta bacaan tahlil tadi di khususkan kepada ahli keluarga pihak penganjur dan insyallah di sedekahkan juga kepada semua muslimin dan muslimat . Terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur di atas jamuan yang di sediakan. Semoga di murahkan rezeki. Amin.

Majlis sekitar Usrah dan Tahlil: http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/UsrahAndTahlil#