Wednesday, May 27, 2009

Temuduga bagi Ijazah Pendidikan (ISMP)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kendalian Bahagian kemasukan dan Rekod dan Institute Pendidikan telah menyumbang tenaga bagi menjalankan program utama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. UIAM cawangan Kuantan telah di jadikan tuan rumah bagi urusan temuduga pelajar bagi program ijazah / Diploma pendidikan untuk calon Diploma, STPM dan setaraf untuk Zon Pantai timur.

Program yang telah bermula daripada 18hb sehingga 21hb Mei 2009 telah berjalan dengan sempurnanya diharapkan dapat menyumbang kepada sistem pendidikan tinggi negara secara amnya dan dapat menjadikan UIAM antara universiti pilihan amnya. Insyallah.

Tahniah kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam menguruskan program ini. ~ Wassalam ~ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : Taman Ilmu dan Budi

No comments: