Monday, February 16, 2009

Jom Masuk U!Karnival Pengajian Tinggi 2009 - Sabah

Date: 14 - 15 Februari 2009
Tempat: Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah

Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya di jalankan di Zon - 3 dengan jayanya. Persiapan untuk ke Sabah telah di buat awal sebelum delegasi UIA ke Sabah ni melalui pos (courier).

Wakil Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah diwakili oleh:
A&R: Dr. Haslina Hassan (Timbalan Dekan), Sr. Robita Khalid, Br. Yusri Said, Sr. Ayunita (KIRKHS)

CFS: En. Kamar Ariff bin Kaman (Timbalan Dekan), EnAzizul (Nilai) dan Sdr. Mohd Azlan (Finance Officer)

CPS: Sdri. Rafidah (Asst. Director), Sr. Khairiah

Dr. Haslina Hassan, Timbalan Dekan A&R, IIUM memberi penerangan serta berbual bicara bersama YB Dato' Idris Harun, Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Mungkin ada sesuatu yang sedang di perbincangkan oleh YB Dato' menarik perhatian dr. Haslina tentang program Jom Masuk U! di Zon Sabah ini. Jutaan terima Kasih di atas kesudian YB melawat booth UIA ini.

Br. Mohd Azlan, CFS menerangkan maklumat kemasukan ke UIAM kepada pengunjung yang hadir. Permohonan ke IPTA boleh di buat secara online di http://upu.mohe.gov.my/

Buat julung-julung kalinya A&R menjemput wakil daripada Kulliyyah (Fakulti) turut serta dalam karnival kementerian ini. Satu penghargaan diberikan kepada Sr. Ayunita, Penolong Pengarah (Akademic) Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences) di atas sumbangan serta kesudian dalam menyertai program ini. Karnival Pengajian Tinggi di Zon Sabah ini di catatkan karnival paling 'condusive' kerana lokasi yang strategik dan jumlah pelawat yang mengalakkan dari warga Sabah. Lihat saja Br. Azlan melayan pengunjung yang hadir untuk mendapatkan phamplet CFS.


"Cepat kak fidah, plastik abih dah tu" mungkin itu yang di perkatakan oleh Sr. Khairiah kepada Sr. Rafidah semasa di karnival Zon Sabah. Mereka adalah wakil daripada Centre for Postgraduate Studies (CPS) IIUM.

Jom Masuk U! Karnival Pengajian Tinggi 2009 akan di ikuti ke Zon-4 di Universiti Malaysia Pahang, Pahang darul Makmur

No comments: