Friday, February 27, 2009

Workshop on the Implementation of "Student Learning Time" SLT

Tarikh: 24hb Februari 2009
Tempat: Research Management Centre, IIUM
Masa: 0800am - 0100pm

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu 'Student Learning Time' (SLT). Ianya adalah sistem pengiraan academik mengikut jam yang di perlukan di dalam menyempurnakan satu-satu subjek oleh seseorang pelajar. Sistem ini telah di guna pakai di beberapa negara eropah dan di dalam Malaysia, UIAM adalah Universiti pertama yang mengunakan sistem SLT ini.
Workshop ini telah di selia oleh A&R dengan kerjasama Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi memastikan pelaksaan SLT ini dejalankan dengan baik dan tepat bagi kebaikan universiti dan pelajar. A&R telah memulakan workshop pertama bagi sesi pengenalan SLT kepada Kulliyyah-Kulliyyah pada 11 September 2008 di Banquet Hall dan disertai oleh semua Kulliyyah dari semua kampusnya (Kuantan, Damansara, dan Petaling Jaya).
Untuk melihat gambar workshop SLT (pengenalan - volume 1), klik di sini:
Program ini di teruskan dengan workshop dalaman yang di jalankan pada 18 September 2008 di Senate Hall, dengan dibantu pakar-pakar daripada Kulliyyah dan Centre seperti Prof. Dr. Ahmad Faris (KENGIN), Prof. Dr. Mohamad Sahari (RMC) dan Assoc.Prof. Dr. Ahmad Marzuki (INSTED).
Workshop (University implementation - volume 2) ini dijalankan bagi berbincang cara outcome di nilai dan panduan-panduan yang betul di gunapakai oleh kulliyyah/centre/institute.
Untuk melihat gambar Student's Assessment Workshop, klik di sini:
http://picasaweb.google.com/admissionsIIUM/StudentsAssessmentWorkshop#

Kesinambungan daripada workshop volume 1 dan 2 terdahulu, A&R dengan kerjasama MQA sekali lagi menyeliakan workshop tentang perlaksanaan SLT di semua Kulliyyah (volume 3) dan ianya telah dijalankan dengan jayanya. Workshop bagi volume ke 4 akan di buat pada 18hb Mac 2009 bertempat di RMC lebih tertumpu kepada bidang Sains Hayat dan Fizikal.
Penceramah jemputan daripada MQA yang memberikan taklimat berhubung perlaksanaan SLT ini adalah seperti berikut:
  1. Dr. Rozilini M Fernandez - Chung (Principle Assistant Director, Standards and Qualifications, Reference Division)
  2. Sr. Fazliana Mohamed
  3. Cik. Mahfiza Mohd Nasir
Workshop (implementation - volume 3) ini di hadiri oleh wakil-wakil kulliyyah dan centre seperti berikut:
(KIRKHS) Kulliyyah of Islamic Reveal Knowledge & Human Sc.
(AIKOL) Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law
(KENMS) Kulliyyah of Economics & Management Sciences
(INSTED) Institute of Education
(CFS) Centre for Foundation Studies
(CELPAD) Centre for Languages & Pre-U Acad. Development
(CTL) Centre for Teaching and Learning
(CERDAS) Centre for Human Dev. & Applied Social Sc.
(ISTAC) International Institute of Islamic Thought & Civilization
(IIiBF) IIUM Institute for Islamic Banking & Finance
(S-DEV) Student Development Division
(CSQA) Office of Corporate Strategy & Quality Assurance


Dr. Ruzilini menyampaikan ceramah beliau di hadapan hampir 80 peserta yang hadir. Di dalam sesi ini, beliau telah menyatakan UIAM telah bersungguh-sungguh di dalam menerima pembaharuan yang di perlukan sistem pendidikan antarabangsa hari ini. Usaha yang di jalankan serta semangat yang di tunjukkan oleh UIAM sangat boleh dibanggakan dan ianya menjadi titik tolak pembangunan sistem pendidikan di negara kita.



Madam Hasnah antara orang 'kuat' yang memastikan perlaksanaan SLT di guna pakai di Universiti dan beliau mengharapkan sistem ini dapat mengubah sistem pembelajaran di UIAM ini ke satu tahap yang lebih tinggi.






Penerimaan baik serta kerjasama semua pihak dari Kulliyyah/Centre/Institute di dalam memastikan perlaksaan SLT ini di tahap yang standard antarabangsa amatlah di puji dan patut mendapat penghargaan. Harapan mereka perlaksanaan ini baik untuk kebaikan pelajar UIAM.
(gambar barisan hadapan) Dr. Ainol, Prof. Dr. Nur Raihan, Dato' Prof. Dr. Zaleha, Assoc. Prof. Dr. Ahmed Kameel, Assoc. Prof. Dr. Khaliq dan Assoc. Prof. Dr. Hazizan



Assoc. Prof. Dr. Amad Marzuki Zainuddin, Dekan A&R menjadikan SLT sebagai satu platform evolution untuk Univerisiti. Beliau antara orang yang memainkan peranan di dalam meperkenalkan SLT ini di UIAM.
Permulaan sistem ini di buatkan berdasarkan pengenalan learning outcome dan matric of programme outcomes di mana ianya di nilai melalui assesment bagi setiap outcome.



Perlaksaan sistem SLT ini nyata amat sukar dan ianya memerlukan sokongan serta penelitian sebelum ianya dapat di praktik. Penglibatan secara menyeluruh dari semua agensi di UIAM ini adalah bukti komited kita didalam sistem pendidikan negara dan di harap kita menjadi contoh bagi semua IPTA di Malaysia.
Para peserta daripada Management Centre, KENMS




Assoc. Prof. Dr. Hazizan Md Noon (Dekan, KIRKHS) berbincang sesuatu bersama timbalannya Dr. Badri Zubir berkaitan SLT.
Kulliyyah IRKHS adalah kulliyyah yang menjadi pilot project di dalam perlaksanaan SLT (bagi program kesusasteraan dan sains sosial kemanusiaan) ini selain KENGIN dan KOS.





























Untuk melihat suasana sekitar workshop berlangsung, sila klik di sini:

No comments: