Time: 10.30am - 11.00am
Venue: Level 5, Banquet Hall, Central Complex
Programe selama 8 hari anjuran Office of Corporate Strategy and Quality Assurance (CSQA) ini bertujuan untuk melihat pencapaian serta target setiap Kulliyyah/ Centre/ Division/ Office/ Institute didalam memastikan vision and mission IIUM terlaksana dengan berkesan. Objektif CSQA ini secara tidak langsung dapat melihat permasalahan serta keperluan yang terdapat di setiap kulliyyah/ Centre /Division /Office /Institute.
Selama programe berlangsung banyak imput serta maklumat yang di bentangkan oleh setiap perwakilan dari setiap latar belakang jabatan dapat di pelajari. Hari ke-tujuh program, giliran A&R memberikan maklumat serta perlaksanaan yang telah di capai, sedang di capai serta akan di capai sepanjang operasinya.
Bertempat di Banquet Hall, Level 5 program setengarah hari ini di mulakan oleh Assoc.Prof.Dr. Mohd Adam Suhaimi, Dekan Kulliyyah ICT. Kulliyyah ICT tertumpu kepada penemuan kajian dalam bidang ICT serta melihat penglibatan mereka dalam IT.
Wakil-wakil dari KICT juga hadir seperti Dr. Norshida, Timbalan Dekan (Academik), Sr. Nur Khamsiah, Sr. Pauziah dan ramai lagi memberikan sokongan.
Program di teruskan dengan presentation daripada Assoc. Prof. Dr. Ahmad Marzuki Hj Zainuddin, Dekan A&R. Presentation yang tertumpu kepada kemasukan pelajar antarabangsa
Dr. Marzuki juga memberikan maklumat detail bagaimana borang permohonan diproses dan tempoh diambil bagi satu-satu permohonan itu selesai. Beliau juga memberitahu program pilihan tertinggi (popular) adalah Kulliyyah IRKHS berdasarkan jumlah pelajar berdaftar. Statistik pelajar antarabangsa yang masih mendominasi jumlah pelajar teramai adalah Indonesia dan Yemen.
Manakala Graduan yang memenuhi peratus tertinggi adalah Kulliyyah Kejururawatan (NURS) dan Kulliyyah AED terendah.
Majlis di hadiri Yg. Berbahagia Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid, Rektor UIAM dan Mr. Ahmad Zailan Shaari, Executive Director, Finance Division
Komen serta pendangan telah diberikan beliau akan di teliti dan Insyallah kami akan membuat yang terbaik untuk memastikan target UIAM tercapai untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa belajar di UIAM.
Buat pertama kalinya, kehadiran Puan Hafsah Mohd Yusof, Pengarah A&R yang baru sahaja report duty hari ini turut hadir ke majlis rasmi ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada A&R.
Puan Hafsah sebelum ini adalah pengarah di Student Affairs Division (Student Development and Co-Curricular Activity Division S-DEV)
Dr. Haslian kelihatan tenang sahaja sewaktu program. Mungkin apa yang di gelakkan oleh beliau semasa Dr. marzuki menyampaikan taklimat beliau.
Dr. Haslina ialah timbalan dekan, A&R yang sama turut serta di dalam IEEP A&R 2008
Sr. Zeny Sofina adalah pegawai yang menguruskan hal- ehwal Senate. Beliau hadir memberikan sokongan kepada A&R dan memastikan program berjalan lancar.
Amboi kak zeny pon..kalau posing ambil gambar sonok na..
Br. Badrul Shahri adalah orang yang bertanggung jawab di dalam memproses permohonan calon antarabangsa dan menjaga standard UI admissions
Kenapa Bad serius je nie? yelah report dia buat..silap hari bulan kene panggil kedepan present paper.. bertenang bad..
Sebelah Dr. Haslina kak Norliza (Eja) dan Kak Robita. mereka hadir untuk turut sama menyokong coach mereka mem'present'kan paper IEEP.
K.Eja adalah Setiausaha kepada Dr. marzuki manakala Sr. Robita adalah orang yang memastikan IEEP A&R 2008 berjalan lancar mengikut jadual dan budget. betul tak kak bita??
Setinggi perhargaan kepada mereka yang hadir memberikan sokongan serta pandangan yang bernas di dalam memastikan A&R in the rite track.
Para VIP yang hadir pada program tersebut seperti Prof. Dato' Dr. Azmi Omar, Dekan CSQA, Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin, Dekan AIKOL, Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail, Dekan ENGIN, Prof. Dr. Mansor Ibrahim, Dekan KAED, Assoc. Prof Dr. Hazizan Noon, Dekan Kulliyyah IRKHS dan timbalannya Dr. Badri Najib, Prof. Dr. Rafikul Islam, Timb. Dekan Kulliyyah ENMS dan ramai lagi.
Program ini dimempersembahkan presentation daripada Dekan-Dekan seperti Kulliyyah ICT, Kulliyyah IRKHS, A&R, S-Dev dan ITD
Turut sama hadir menceriakan dan 'mengamatkan' suasana program ini adalah bekas Dekan A&R, Prof. Dr. Nuraihan Mat Daud yang kini telah bertugas sebagai Dekan di CELPAD.
Sr. Nafisah (tudung purple), Timbalan Pengarah Kulliyyah ENGIN sama-sama merasai suasana program IEEP peringkat Universiti ini mewakili Kulliyyah ENGIN. Beliau juga pernah bertugas di A&R di dalam mengendalikan rekod pelajar. Hidup Kak Chah!!maintain tur..
Bersebelahan belian adalah Sr. Jamilah Saidin dan Sr, Khairul Bariyah Kamaruddin. Mereka juga adalah wakil daripada A&R Division
"Kenapa jumlah graduation pelajar KAED sikit?" sila tanya Kak yan...beliau adalah orang yang bertanggungjawab di dalam memastikan pengurusan akademik di Kulliyyah AED berjalan lancar.
Sr. Azian MOhd Azlan
Assistant Director, KAED
Secara keseluruhan, program ini amat bagus ddi teruskan dan ianya memberikan kita peluang dalam mengenali target sesuatu jabatan itu. IEEP ini menjadi platform bagi staff-staff di UIAM ini berbincang secara lebih dekat dan berkongsi idea dalam memastikan Mission and Vision UIAM terlaksana.
Tahniah buat CSQA sebab dapat meguruskan program sebegini dengan baik dan Tahniah buat A&R, dan khusunya Dr. Marzuki kerana memberikan persembahan terbaik dan walau ada ketikanya tersasul-sasul...you the best coach!
~ sekian ~
No comments:
Post a Comment