Thursday, March 12, 2009

Jom Masuk U!Karnival Pengajian Tinggi Negara : Pahang

Tarikh: 28Feb-1Mac09
Tempat: Universiti Malaysia Pahang, Kuantan Pahang

Karnival di teruskan ke zon 4 di Pahang Darul Makmur bagi merangkami target pelajar bagi pantai timur.

Br. Shafie dari A&R memberikan penerangan syarat kemasukan ke UIAM bagi lepasan SPM/STPM/Diploma dan setaraf.
Sambutan di zon pahang ini sangat memberangsangkan dan diharapkan calon pelajar yang telah membuat permohonan online dapat manafaat daripadanya.


Sr. Kairiyah daripada CPS juga memberikan kerjasama yang baik di dalam menyampaikan maklumat. Beliau pegarai yang bertanggung jawab di dalam memastikan kemasukan bagi program pasca siswazah.





Booth UIAM pasti tak berseri kalau tak ade timbalan dekan nya, Dr. Haslina Hassan. Beliau adalah pensyarah di UIA yang sangat gigih didalm memastikan maklumat yang diberikan kepada pengunjung adalah tepat dan padat.
Ramai pelajar berpusu-pusu beramah mesra bersama dr. haslina seakan-akan wakil rakyat bertemu rakyat jelata.



Tempat karnival adalah memuaskan dan kapasiti pengunjung yang hadir adalah mengalakkan. Pahang merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak yang menjadi destinasi Jom Masuk U!bagi zon 4





Kelihatan Ustaz Majid daripada Pusat Asasi UIAM begitu teruja tatkala bertemu para pelajar dari sekitar Pahang ini. Ustaz majid antara cendiakawan yang mahir didalm menyampaikan dakwah dengan cara beliau. Lihat sahaja pelajar seakan terpegun melihat cara dan tuturkata yang di ucapkan ustaz.

Buat julung-julung kalinya A&R menjemput wakil daripada Kulliyyah turut sama mennyertai karnival anjuran kementerian ini. Kelihatan Br. Anas Shamsudin wakil daripada Kulliyyah Kejuruteraan (Engineering) bersemangat didalam memastikan calon adalah layak bagi memohon program di UIAM



Br. Subki daripada pusat Asasi UIAM menunjukkan senarai nama program yang di tawarkan oleh UIAM bagi memberikan gambaran jelas kepada pelajar, apa itu UIAM dan kenapa pilih UIAM.


Orang yang berpengalaman sejak UIAM mula di tubuhkan sehingga kini, dialah En. Ismail. Beliau adalah tenaga pengajar di UIAM yang tegas tetapi suka berjenaka.
InsyaAllah! Keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2008 akan di jadual keluar pada 16 Mac 2009. Jadi selamat berjaya buat semua calon SPM 2008.



No comments: