Madam Hafsah Mohd Yusof - 4th March
Madam Robita Khalid - 26th March
Madam Jamilah Saidin - 27th February
Nur Amizan Aminullah - 1st January
Nor Farahani Mohamad - 8th March
Dua biji kek 'tajaan' Secret Resepi sebagai meraikan mereka yang dilahirkan pada bulan January, February dan March.
Selamat menyambut hari jadi buat mereka semoga di panjangkan usia, sihat sejahtera, dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki dan berikan rahmat dunia dan di akhirat.
Madam Hafsah, Kak Milah dan Kak mizan mendahului majlis 'pecah kek' sebagai kemuncak majlis.
Tradisi menyambut majlis kelahiran staf anr ini sememangnya baik dan menjadi platform ahli keluarga A&R bercerita dan bersua.
Kak farah punyer turn plak la kak mizan potong kek..asyik kak mizan jer..kak mizan ni mmg suka motong-memotong nie..bergotong-royong la katerkan
Dr. Haslina mengucapkan jutaan terima kasih kepada br. najmuddin di atas usaha yang di berikan dan diharpkan berjaya di tempat yang baru. Beliau juga percaya dan mengingatkan semua setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebliknya.
Majlis ini juga dibuat bagi meraikan majlis perpisahan Ustaz Najmuddin yang telah berjaya menerima jawatan baru di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kesempatan masa yang diberikan oleh Madam Hafsah sgt dihargai dan insyallah kita mampu membentuk sebuah pasukan yang baik di dalam memastikan A&R berjalan dengan baik. Madam Hafsah juga sempat memberikan kata-kata penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada kebaikan A&R.
Kelihatan Madam Zeny sofina dan Madam Eja mendengar dengan khusuk ucapan yang disampaikan.
wajah-wajah A&R, potret ini mungkin boleh menjadi potret yang mengambarkan rumpun budaya rakyat Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bangladesh dan lain-lain.
dari hadapan kak mizan, abg yus, abg bad dan abg am. : ) jangan marah
sedari sorang ni mmg pantang nampak kek, dia mesti posing baik punyer. Kak amizan juga di beritahu akan menjadi tetamu Allah yang di jadualkan akan ke tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama ibu dan ananda tercinta, Iman.
Kami mengucapkan semoga mizan selamat pergi dan kembali ke tanah air. Semoga sihat dan sejahtera di anugerahkan kepada beliau semasa menjadi tetamu di rumah Allah. ~amin~
Seperti kata bidalan, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dimana de ibu..Disitu de anak..Dimana de ibu..disitu de tupperware..
kak ina pe de dalm plastik tu??stand by nampak???
Kak Saliah adalah tulang belakang yang memastikan majlis ini berjln mengikut jadual. Kak saliah menjawat jawatan 'menteri kewangan' selama hampir 1 tahun setelah menteri sebelum ini gagal mempertahankan jawatan masing-masing.
Datin Saliah akan memastikan 'budjet' untuk majlis ini cukup dan semua ahlinya dapat makan. Kami bukan along..kami cuma nak tolong..nampak kak saliah pegang ape tur??? : ) ati-ati kak gee kat belakang tur..
Kelihatan datin eja dan datin jamilah berusaha keras untuk membuat air untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir..Din jampi sikit air tur..kak mizan dah standby cawan jer..
Sarahlah orang yang paling kuat..bukan kuat makan..kuat kerja dan ketua dalam penyediaan makanan..dia boleh amik diploma hotel and catering lar..
Kalau tadi kite ade kementerian kerja raya..ini plak kementerian perlancongan dan per'lencong'an A&R..depa ni yang akan melencongkan makanan untuk tatapan mata dan perut mereka..
"bad..aku kira 1, 2, 3 kite serang kek ni" abg yus
Sifat terpuji yang mesti di puji..beratur semasa makan..Ahli2 beratur semasa mendapatkan kek yang telah di 'potong2' dadu oleh kak mizan.
adik-adik kite, Aizat dan akim ni sampai terlena tunggu turn meke nak amik kek sebab queue panjang sangt..
Ustaz Najmuddin telah berkhidmat selama hampir 3 tahun bersama A&R dan telah banyak yang di sumbangkan kepada A&R. Semoga setiap yang di berikan dan diterima dapat di halalkan dan semoga ukhwah sesama kita di teruskan walaupun tidak bersua muka.
Din jangan di tenung je kek tur..naik cair jer..pe lagik..serang!!!!!
Sebagai tanda penghargaan di atas jasa yang diberikan, madam Hafsah telah menyampaikan saguhati sebagai kenang2an Ustaz Din semasa berkhidmat di A&R dan sebagai tanda terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang diberikan.
(berdiri-kiri) CikL, kak gee, kak mizan, kak zeny, kak saliah dan abg amran.
(duduk-kiri) abg bad, ustaz najmuddin dan abg yusri.
Semoga majlis ini dapat merapatkan ukhwah kite sesama ahli A&R dan Allah memberkatinya. ~Sekian~