14 April 2009 (Selasa) - Kunjungan pihak
Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) ke A&R adalah bagi memenuhi syarat kelayakan untuk dicalonkan sebagai pemenang bagi
Best Agency (Non-Academic Agency) yang akan di umumkan pemenangnya pada Hari Kualiti UIAM pada 15hb May 2009 di
Cultural Activity Centre (CAC) nanti.
Hari Kualiti yang menjadi aktiviti tahunan UIAM ini meletakkan pelbagai kategori untuk di menangi antaranya
Best Agency (Academic) untuk Kulliyyah dan
Best Agency (Non-Academic) untuk jabatan dan pusat pentadbiran, kategori individu bagi setiap peringkat jawatan, anugerah laman web dan keseluruhan.
Pelbagai persiapan telah dibuat agar memastikan perjalanan serta proses penilaian ini dapat berjalan seperti yang diharapkan. Tahniah kepada staf A&R keseluruhannya kerana berjaya memberikan kerjasama yang di harapkan. ~ Sukran Jazilan ~

Admissions and Records Division staf senantiasa memberikan perkhidmatan bermutu dan dijamin memberikan sumbangan terhadap Uiniversiti di dalam memastikan tekad dan objektif kita tercapai.
Barisan Perajurit A&R:
(dari kiri) Yusri Said, Badrul Sahri, Dr. Marzuki, Razali Muhamad, Amran Ahmad, Mohd Shafie dan Arman Yatim (tiada dlm gambar)

Barisan SriKandi A&R:
(dari kiri - hadapan) Zeny Sofina Martias, Dr. Haslina Hassan, Madam Hafsah Yusof, Madam Haslina Shamsuddin, Robita Khalid
(dari kiri - belakang) Norliza Mahmood, Noraida Sudin, Nur Farahani Mohamad, Norliza Zainuddin, Jamilah Saidin, Saliah Abu Bakar, (tiada dalam gambar) Khairunisa, Farah Nadirah, Siti Sarah, Nur Amizan dan Aishah Bibi.

Vision A&R:
Menjadi rujukan didalam pengurusan sistem akademic siswazah (Sarjana Muda) dan perkara merujuk Senate.
Mission A&R:

Bekerjasama bersama komuniti pendidk di dalam meyediakan perkhidmatan cemerlang di dalam kategori siswazah (Sarjana Muda) dan Senate di dalam perkara seperti promosi, akreditasi, pengambilan pelajar, pengurusan rekod, pendaftaran subjek, peperiksaan dan graduation.
Barisan Penal daripada SIRIM:
1. En. Najmi Hj Mohd Noh
2. En. Wan Ariff Wan Hussain
3. Pn. Aliza Zainal Munir
~ Terima Kasih di atas kesudian mereka hadir ke A&R ~
Sesi pembentangan telah di buat oleh Dekan A&R, Dr. Marzuki Zainudin dan slide presentation telah di sediakan oleh Timbalan Dekan, Dr. Haslina Hassan. Team A&R telah memberikan satu pembentangan yang mengkagumkan hasil kerjasama daripada semua pihak.

Dr. Marzuki telah berusaha memberikan persembahan terbaik di dalam memastikan A&R berada di saluran yang betul. Pembentangan yang mengambil masa selama hampir 1 jam ini meyakinkan pihak juri dan insyallah sama-sama kita berdoa supaya kejayaan di kecapi. :)

Sokongan daripada staf A&R : Sr. Robita asyik mendengar penjelasan yang disampaikan. Sr. Zeny mungkin sedang membayangkan kita naik stage amik award nanti..kikikiki
Mereka yang sama-sama hadir seperti Br. Badrul, Sr. Norliza, Sr. Jamilah, Sr. Noarida, Br. Yusri, Br. Shafie, Br. Amran dan Br. Razali.
Insyallah! setiap apa yang diberikan hari ini memberikan hasil yang positif pada hari yang akan di tentukan. Usaha telah di buat dan doa serta harapan semoaga A&R terus menjalankan amanah yang diberikan dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk kebaikan bersama.
~ Garden of Knowledge and Virtue ~
Klik di sini untuk melihat suasana sebelum, semasa dan selepas program berjalan:
~ Wassalam ~