Thursday, April 9, 2009

Jom Masuk U! Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon8 Johor Bharu

Johor Bharu, 4 -5 April 2009 - Karnival Pengajian Tinggi Zon Selatan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia melabuhkan tirainya.

Karnival telah berlangsung dengan jayanya di Plaza Angasana Johor Bahru dan Majlis Penutupnya telah di laksanakan dengan rasminya oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Kelihatan YB Dato' Seri bersama para VIP semasa program perasmian penutup yang di jalankan di Plaza Angsana Johor Bahru. Pelbagai aktiviti telah di jalankan seperti pertunjukan seni oleh Perbadanan Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).





Kehadiran Dekan, Pusat Asasi UIAM - Prof. Madya Dato' Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman Idid meraikan majlis tahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Puan Hafsah Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Kemasukan dan Rekod UIAM turut sama turun padang bagi memastikan persiapan team UIAM.


Dr. Haslina Hassan, Timbalan Dekan A&R orang yang paling sibuk sepanjang Program Jom Masuk U! ini dijalankan. Bermula dari perasmian Pembukaan di PWTC, Kuala Lumpur sehingga penutup majlis di Plaza Angsana Johor Bharu, setiap persiapan di lihat dari segi bahan untuk sekolah, persiapan staf dan perkara berkaitan promotion di pastikan sempurna.




Pada hari pertama pembukaan program, ramai warga Johor berpusu-pusu ke booth bagi mendapatkan maklumat terkini kemasukkan ke UIAM.

Lihat sahaja bagaimana Dr. Haslina dan Madam Norliza, Timbalan Dekan CFS melayan pelawat yang hadir. Mungkin boleh di anggarkan beribu pengunjung hadir bagi zon Johor Bahru ini





Sr. Zeny Sofina daripada A&R berbincang sesuatu dengan pihak kaunselor sekolah dalam mendapatkan bahan-bahan untuk pusat









Br. Zabidi daripada CFS adalah antara orang yang paling galmor di zon Johor kerana ramai calon SPM yang berhubung terus dengan beliau didalam memastikan permohonan mereka berjaya. Walaubagaimapun, proses kemasukan pelajar adalah di urus selia oleh jabatan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.







Wakil daripada CFS cawangan Nilai, Br. Hadi, peansyarah di Jabatan Teknologi Maklumat turut serta bersama team UIAM didalam promosi di Zon Johor.








Kak gee dah macam mesin pack phamplet untuk para pengunjung. Memang di luar jangkaan pada hari pertama program saha separuh daripada bahan hebahan habis di pack kak gee.









Br. Subki daripada CFS antara orang yang sering menyertai program Jom Masuk U! ini dan memang tidak dapat dinafikan ke'glamor'an belaiu semasa di Johor Bahru.








Siapakah wanita berbaju pink ini? Beliau adalah Sr. Sharifah daripada CPS wakil bagi pusat pasca siswazah UIAM. Kepatahan bercakap pn. sharifah ini tidak dapat di sangkal lagi..mungkin kita boleh menjemput beliau bersama-sama kita untuk program yang akan datang.





Pada hari pertama program, jumlah pelawat yang tidak putus-putus menampakkan kejayaan Jom Masuk U! di Zon Johor Bahru (Selatan). Banyak booth yang tutup lewat kerana Plaza Angsana, adalah pusat riadah dan shopping complex terkenal di Johor ini dan jumlah mereka kian bertambah biarpun semakin lewat petang.

kak Liza penat tangan nagn kaki i!!!boleh claim OT ke ni???

akhirnya...dapat lah urat2 ku ini berehat..
argh..balik nanti sambung keje senate plak..

aduh..sakit kaki kak pah ni..dari pagi ke petang tak berenti..
kalau beniaga goreng pisang untung ni..gi beli kasut baru la kejap lagi.. : )

ni kalau bini i nampak i buat keje berat2 nie..mesti dia sedih..
"ello dinda..you sihat??"

Program Jom Masuk U ini sebenarnya majlis penutupan rasminya telah di jalan pada hari kedua (5 April 2009) dan memang jumlah pengunjung pun tak kurang sikit dari semalam.




Dr. Haslina tetap maintain walaupun pada malam program beliau bersama wakil dari CFS seperti Madam Norliza, Br. Zabidi dan Br. Subki menyampaikan taklimat kepada para peserta program yang terdiri daripada kaunselor sekolah di dalam daerah Johor.








Lihat sahaja bagaimana suasan di hari kedua program masuk U! kelihatan Sr. Roziah dan Sr. Khairiah daripada CPS menyambut tetamu dengan senyuman mesra.






Madam Norliza bertemakan batik kelantan tidak mengira penat menyalurkan info berhubung UIAm kepada warga Johor tanpa mengira bangsa dan agama.

Permohonan bagi pelajar lepasan SPM 2008 telah pun berakhir pada 23 March 2009 yang lepas.




Proses permohonan tadi akan diumukan kepada calon pelajar SPM ini pada bulan Mei 2009 bagi kemasukn pada bulan Jun 2009.









kak Zeny ni mmg ade bakat lar keje ngan PRO ni..Kebanyakkan Calon hadir di JOhor ini adalah pelajar lepasan STAM dan STPM








Br. Zabidi dan Subki tidak jemu melayan kerenah pelajar yang hadir








untuk kenang2an dan sebagai merasmikan majlis penutup Jom Masuk U!Karnival PengajianTinggi Negara 2009 team UIAM bergambar bersama. (dr kiri Sr. Sharifah, Br. Hadi, Br. Razali dan Sr. Khairiah)






dari kiri : Madam Norliza, Br. Razali, Br. Hadi dan Br. Yusri. Br. Yusri adalah koordinator program bagi jelajah Jom Masuk U! dan beliau adalah orang yang memastikan semua kebajikan team UIAM dan booth UIAM terurus dgn rapinya sepanjang program.





Sekalung Penghargaan buat mereka yang telah sama-sama menyertai program Masuk U!anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Setaip usaha yang di jalankan diharapkan dapat memberi sedikit sumbangan kepada UIAM khasnya dan semua.

Tahniah buat UIAM!
U are the best! Garden of Knowledge & Virtue



Tahniah juga di ucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana telah berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar. Terima Kasih di atas setiap bantuan dan kerjasama yang di berikan dan insyallah kita dapat merapatkan ukhwah sesama warga universiti





berikut adalah antara universiti yang telah sama menyertai program anjuran KPTM dengan kerjasam KPM. Tahniah buta kalian semua:

Universiti Malaysia Pahang






Universiti Tun Hussein Onn Malaysia









Universiti Malaysia Terengganu








Universiti Malaysia Sarawak









Universiti Malaysia Perlis









Universiti Malaysia Kelantan







Universiti Malaysia Sabah








Universiti Sains Malaysia










Universiti teknikal Malaysia Melaka













Universiti Teknologi MARA







Universiti Putra Malaysia









Universiti Malaya

No comments: